Assalamualaikum wbt dan jumpa lagi.
Post kali ini kita akan membincangkan bagaimana untuk menetapkan nama output file menggunakan teknik pangkasan daripada sumber data luar yang dibekalkan. Tujuan teknik ini digunakan adalah bagi memudahkan pengguna menetapkan nama baharu terhadap hasil operasi yang dilakukan samada untuk menyimpan sebagai data output atau imej. Bagi tujuan ini, saya ada membekalkan beberapa set data geographic coordinate bagi data suhu di setiap latitud dan longitud. Data yang dibekalkan adalah data purata suhu bulanan pada bulan Januari, Februari, Mac dan April untuk region daripada latitud 10.0 ke -10.0 dan longitud 95.0 ke 125.0 pada tahun 1981.
Post kali ini juga anda akan belajar untuk memanggil dan membuka kesemua data secara serentak menggunakan library glob dan seterusnya melakukan proses kerja yang diingini. Kelebihan teknik ini kesemua data bersaiz besar pada kuantiti data yang banyak dapat dilakukan dengan pantas.
Sila download kesemua data luar yang dikongsikan menggunakan platform google drive dan simpan kesemua empat data ke dalam folder "Data" di dalam folder tugasan masing-masing. Link adalah seperti berikut :
https://drive.google.com/drive/folders/13le-PqafDNpRyRYNLmaJQXEL5yDyso-C?usp=sharing
Sila wujudkan nama folder tugasan masing-masing mengikut citarasa anda. Contoh: Teknik-Pangkasan, Tugasan, Projek etc.
Peringatan : Nama folder TIDAK BOLEH dipisahkan dengan space bar.
#### copy starts here ##########
import os
import glob
## searching current folder
folder = os.getcwd()
path1=folder+'/Data/'
os.makedirs(os.path.dirname(path1), exist_ok=True)
## calling all files to be open instantly using library glob
files=glob.glob(path1+'*.dat')
## Process the data one by one using LOOP
for x in files:
print(x)
output_name=x[-15:-9]
print(output_name)
### end copy here #############
Catatan:
a) Glob berfungsi memanggil kesemua file dalam folder "Data" di dalam path1 menggunakan singkatan *.dat yang merujuk kepada kesemua data yang berakhiran dengan .dat. Data lain daripada format .dat tidak akan dipanggil.
b) x in files merujuk kepada setiap file data yang telah dibuka dan bersedia untuk diproses.
c) Teknik pangkasan berlaku pada x[-15:-9] yang merujuk kepada aksara yang dipangkas daripada string paling hujung (kanan ke kiri). Contoh:
print(x) : D:\PROJEK-BLOG\Suhu/Data\198101-data.dat. Nama output file yang diingini adalah 198101.
Anda boleh cuba untuk mengubah nilai pangkasan dan lihat sendiri perbezaan hasil nama output file yang baharu tersebut.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment