Friday, September 17, 2021

3-Python Basic Data Types : Float, Integer and String

 Assalam wbt. Jumpa lagi.

Hari ini kita akan belajar menggunakan editor di Spyder console yang terletak di bahagian bawah kanan. Kita akan mempelajari few aspek di dalam struktur data seperti jenis data samada float, integer dan string yang biasa digunakan di dalam Python.


Sila taip arahan seperti berikut:
a=2.0 
b=5
c='saya'

print(type(a) 
print(type(b) 
print(type(c)

dan run skrip

Jawapan di paparan
data type a adalah : <class 'float'> bermaksud ianya adalah data float
data type b adalah :  <class 'int'> bermaksud ianya adalah data integer
data type c adalah :  <class 'str'> bermaksud ianya adalah data string

Jika kita melaksanakan operasi aritmetik tambah, tolak, darab dan bahagi kepada data a dan b dengan menaip persamaan seperti berikut:

tambah=a+b
tolak=b-a
darab=a*b
bahagi=b/a

print(tambah)
print(tolak)
print(darab)
print(bahagi)

dan run skrip

Jawapan di paparan
tambah : 7.0 (float)
tolak : 3.0 (float)
darab : 10.0 (float)
bahagi : 2.5 (float)

Selamat mencuba!.


No comments:

Post a Comment

23-Python : Plotting Temperature Histogram

  Assalamualaikum wbt dan jumpa lagi. Post kali ini kita akan cuba untuk membuat analisa taburan suhu purata setiap data yang telah dibelakk...