Friday, September 17, 2021

4-Python Basic Data Types : List

 Assalam wbt. Jumpa lagi.

Post yang lepas kita telah belajar sedikit sebanyak mengenai data type float, integer dan string namun kali ini kita akan melihat sruktur data tersebut yang disimpan sebagai list. Seperti biasa kita akan menggunakan editor di Spyder console bagi membiasakan korang dengan persekitaran editor agar lebih mahir pada masa hadapan.

Sila taipkan di editor seperti berikut:

Kes 1:
rain2=[23.4,12,30.1]
print("data type rain2:",type(rain2))

Jawapan di paparan : data type rain2: <class 'list'>
Senarai list terdiri daripada gabungan integer dan float.

Kes 2:
pengarah=["Yap","Gayah","Alui","Jailan","Helmi"]
print("Senarai KP MetMalaysia:",type(pengarah))

Jawapan di paparanSenarai KP MetMalaysia: <class 'list'> 
Namun bezanya seperti atas, senarai list ini terdiri daripada string.

Kes 3:
gabungan=[23.4,[23.4,12,30.1],"Helmi"]
print("Senarai Gabungan:",type(gabungan))

Jawapan di paparan : Senarai Gabungan: <class 'list'>
Senarai gabungan adalah juga daripada jenis List kerana mengandungi gabungan data Float, Integer dan String.

Kes 4:
gabungan=(23.4,[23.4,12,30.1],"Helmi")
print("Senarai Gabungan:",type(gabungan))

Jawapan di paparan : Senarai Gabungan: <class 'tuple'>
Senarai gabungan adalah BUKAN daripada jenis List lagi tetapi berjenis Tuple kerana datang dalam bracket ( ). Seboleh-bolehnya elakkan penggunaan Tuple dalam syntax kerja anda.

Selamat mencuba!.

No comments:

Post a Comment

23-Python : Plotting Temperature Histogram

  Assalamualaikum wbt dan jumpa lagi. Post kali ini kita akan cuba untuk membuat analisa taburan suhu purata setiap data yang telah dibelakk...