Assalamualaikum wbt dan jumpa lagi.
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk menguruskan fail tugasan di dalam folder-folder tugasan yang dicipta. Disarankan setiap fail tugasan python yang berhujung ".py" disimpan di dalam folder tugasan yang dicipta agar tidak keliru pada masa hadapan. Semua folder data dan folder output termasuk plot imej harus disimpan bersama ke dalam folder tugasan. Berikut saya kongsikan bagaimana untuk anda membuka folder output secara automatik menggunakan library os ke dalam folder tugasan.
### start copy script here #############
import os
# searching files path and folders
folder = os.getcwd()
path1=folder+'/Data/'
os.makedirs(os.path.dirname(path1), exist_ok=True)
path2=folder+'/Output-Data/'
os.makedirs(os.path.dirname(path2), exist_ok=True)
path3=folder+'/Output-Plot/'
os.makedirs(os.path.dirname(path3), exist_ok=True)
#### end copy here ####################
Catatan:
a) Folder Data kebiasaanya adalah lokasi di mana kesemua data-data sumber luar yang disimpan untuk menjalankan program.
b) Folder Output-Data adalah lokasi di mana kesemua data hasil daripada program akan disimpan untuk rujukan masa hadapan.
c) Folder Output-Plot adalah lakasi di mana kesemua hasil plot imej akan disimpan untuk rujukan masa hadapan.
d) Nama folder yang dicipta boleh mengikut keselesaan sendiri.
e) Tidak perlu risau jika nama fail sudah tersedia ada di dalam folder tugasan kerana ianya tidak mengganggu fail dan kandungan fail sedia ada melalui statement exist_ok=True.
f) Kaedah ini sesuai digunakkan jika anda mempunyai fail data sumber luar dalam kuantiti yang banyak untuk digunakan di dalam program anda. Kita akan melihat bagai mana folder-folder ini akan memainkan peranan yang berkesan di dalam post akan datang.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment